Kilang plastik terbakar

Kepulan asap hitam dapat dilihat walaupun dalam keadaan gelap.
Kepulan asap hitam dapat dilihat walaupun dalam keadaan gelap.
A
A
A

KLANG - Sebuah kilang plastik di Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman di sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 8 malam tadi.

Difahamkan pihak bomba masih lagi dalam usaha memadamkan kebakaran tersebut.

Tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 10.50 malam tadi mendapati api masih marak dan kepulan asap hitam dapat dilihat dari jauh walaupun dalam keadaan gelap.

Saksi kejadian, Viksnesh Kumar, 26, yang bekerja sebagai penyelia di lot bersebelahan kilang tersebut berkata, kebakaran tersebut dipercayai berlaku jam 8.26 malam.

Bomba berusaha memadamkan kebakaran tersebut.
Bomba berusaha memadamkan kebakaran tersebut.

"Kebakaran bermula dari bahagian belakang sebelum merebak hampir seluruh bahagian kilang tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Dalam pada itu, dapat dilihat anggota dan beberapa jentera bomba bertungkus lumus untuk mengawal api daripada merebak.

Sinar Harian masih berusaha mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berhubung kejadian.

Artikel Berkaitan: