AS beri bantuan RM697 juta kepada Yemen

Peperangan antara kumpulan Huthi dengan tentera kerajaan menyebabkan kira-kira lima juta penduduk Yemen diancam kebuluran. - Foto AFP
Peperangan antara kumpulan Huthi dengan tentera kerajaan menyebabkan kira-kira lima juta penduduk Yemen diancam kebuluran. - Foto AFP
A
A
A

DUBAI - Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengumumkan bantuan tambahan kemanusiaan sebanyak AS$165 juta (RM697 juta) kepada Yemen ketika negara itu musnah akibat peperangan pernah dianggap oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berdepan krisis kemanusiaan paling teruk.

Konflik di Yemen bermula pada tahun 2014 apabila anggota-anggota kumpulan Huthi yang disokong Iran merampas ibu negara Yemen, Sanaa.

Ia sekali gus menyebabkan tentera perikatan diketuai Arab Saudi campur tangan pada tahun 2015 untuk mengiktiraf kerajaan pimpinan Presiden Abdrabbuh Mansur Hadi.

Pertempuran itu telah menyebabkan berpuluh-puluh ribu orang terbunuh, jutaan lagi hilang tempat tinggal dan 80 peratus penduduk Yemen bergantung kepada bantuan.

"AS mengumumkan hari ini (Isnin) bantuan kemanusiaan tambahan sebanyak AS$165 juta kepada Yemen," kata Utusan Khas Amerika untuk Yemen, Tim Lenderking.

"Kami percaya ia merupakan langkah segera untuk mengurangkan krisis kemanusiaan manakala menyelamatkan nyawa boleh menyumbang kepada proses keamanan," katanya menerusi sidang akhbar maya.

Lima juta penduduk Yemen diancam kebuluran ekoran peperangan saudara itu yang meletus sejak tahun 2014. - Agensi

Artikel Berkaitan: