Kes masih tinggi, peniaga belum sedia 'dine in'

Kedai makan Fauzi Nasi Kerabu yang beroperasi di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu masih belum membenarkan pelanggan 'dine in' berikutan kebimbangan terhadap kes Covid-19 yang masih tinggi.
Kedai makan Fauzi Nasi Kerabu yang beroperasi di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu masih belum membenarkan pelanggan 'dine in' berikutan kebimbangan terhadap kes Covid-19 yang masih tinggi.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebahagian pengusaha kedai makan enggan mengambil risiko dengan membenarkan pelanggan 'dine in' atau makan di restoran mereka memandangkan angka kes Covid-19 di negeri ini masih tinggi.

Penguasaha Fauzi Nasi Kerabu, Nor Suria Fazreen Mohd Fauzi, 23 berkata, dia bimbang kerana masih ada pekerjanya yang tidak lengkap dos kedua vaksin serta purata jumlah pelanggan yang ramai diterima setiap hari.

Katanya, dengan jumlah pelanggan yang agak ramai dia bimbang tidak dapat mengawal dan memastikan setiap pelanggan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Walaupun kerajaan telah benarkan 'dine in', tetapi saya masih belum yakin untuk benarkan pelanggan makan di dalam kedai kerana buat masa ini kami menerima jumlah pelanggan yang agak ramai dengan purata sekitar 500 orang setiap hari.

"Setakat ini pelanggan hanya dibenarkan untuk bungkus sahaja. Apabila situasi Covid-19 semakin pulih dan semua pekerja lengkap dengan dos kedua vaksin barulah pelanggan dibenarkan makan dalam kedai," katanya ketika ditemui pemberita pada Selasa.

Antara pelanggan yang mengunjungi Fauzi Nasi Kerabu di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
Antara pelanggan yang mengunjungi Fauzi Nasi Kerabu di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Artikel Berkaitan:

Fauzi Nasi Kerabu yang mempunyai enam pekerja telah memulakan perniagaan sejak 23 tahun lalu dan memiliki purata 1,000 pelanggan setiap hari sebelum pandemik Covid-19.

Kedai makan yang beroperasi di Jalan Sultan Sulaiman, di sini dibuka jam 6.30 pagi hingga 1 petang.

Ahad lalu, kerajaan mengumumkan kelonggaran SOP dengan membenarkan individu yang sudah lengkap divaksin untuk 'dine-in' atau makan di restoran bermula Selasa.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan berkata kebenaran ini hanya untuk mereka yang menetap di negeri yang sudah berada di bawah fasa dua Pelan Pemulihan Negera dan seterusnya.

Sehingga Isnin, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan 501 kes baharu menjadikan keseluruhan 6,268 kes positif Covid-19 dalam tempoh dua minggu.