X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Lelaki maut kemalangan depan IPK Kedah

Seorang lelaki berusia 55 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pada Isnin. -Gambar hiasan
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki berusia 55 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Superintendan Chuah Seong Lim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi yang turut melibatkan sebuah kereta dipandu seorang pegawai awam di IPK Kedah.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah Bulatan Jalan Telok Wan Jah dan kemalangan berlaku apabila kereta terbabit membelok masuk ke IPK Kedah sebelum mangsa melanggar kereta tersebut.

"Akibat pelanggaran itu mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Menurutnya, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!