Mexico raih gangsa selepas atasi Jepun

Cordova (kiri) selepas menjaringkan gol ketika menentang Jepun dalam acara bola sepak lelaki bagi penentuan pingat gangsa Tokyo 2020 di Stadium Saitama pada Jumaat. - Foto AFP
Cordova (kiri) selepas menjaringkan gol ketika menentang Jepun dalam acara bola sepak lelaki bagi penentuan pingat gangsa Tokyo 2020 di Stadium Saitama pada Jumaat. - Foto AFP
A
A
A

MEXICO mengakhiri cabaran acara bola sepak lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan meraih pingat gangsa selepas menewaskan Jepun 3-1 pada perlawanan penentuan pingat tersebut di Stadium Saitama pada Jumaat.

Gol Mexico pada perlawanan tersebut dijaringkan oleh Sebastián Córdova pada minit ke-13 diikuti Johan Vasquez (22') dan Alexis Vega (58') manakala gol Jepun dijaringkan Kaoru Mitoma pada minit ke-78.

Untuk rekod Jepun mengakhiri saingan di tempat keempat kali kedua dalam tiga temasya Sukan Olimpik, selepas tewas dalam penentuan kategori sama di edisi London 2012.

Artikel Berkaitan: