Geng Kok Chung aktif curi kenderaan tumpas

Superintendan Basri Sagoni. - Foto Bernama
Superintendan Basri Sagoni. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan geng Kok Chung yang dipercayai aktif dalam kegiatan curi kenderaan dengan penahanan empat lelaki menerusi beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang, sejak Isnin hingga Rabu lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, mereka yang berusia 38 hingga 49 tahun dan dipercayai terlibat dalam kegiatan curi kenderaan di sekitar Brickfields, Cheras, Petaling dan Dang Wangi itu ditahan bersama beberapa peralatan yang digunakan untuk mencuri kenderaan, telefon bimbit serta pelbagai komponen kenderaan.

Beliau berkata, tujuh kenderaan yang dilaporkan hilang tahun ini di kawasan Cheras, Petaling Jaya, Dang Wangi dan Bandar Kinrara berjaya ditemukan susulan tangkapan itu.

"Siasatal awal mendapati sindiket ini aktif sejak Mac tahun ini dengan menyasarkan kereta buatan tempatan untuk dijual kepada pemilik bengkel kereta yang dikenali," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini pada Jumaat.

Basri berkata, semakan mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah. - Bernama

Artikel Berkaitan: