Pas selar tindakan kumpul SD tolak Perdana Menteri

Muhammad Sanusi ketika melawat PPV Mega di Amanjaya Sports Arena, Sungai Petani pada Jumaat.
Muhammad Sanusi ketika melawat PPV Mega di Amanjaya Sports Arena, Sungai Petani pada Jumaat.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Pas menyelar tindakan sesetengah pihak yang sibuk mengumpulkan akuan berkanun (SD) menolak sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berharap agar semua pihak menumpukan usaha menangani krisis pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, pihak berkenaan juga sewajarnya bersabar dan menunggu sehingga sidang Dewan Rakyat dibuka pada September untuk meneruskan undi percaya atau tidak percaya khususnya bagi menentukan keabsahan sokongan terhadap Muhyiddin.

"Pihak berkenaan kena buat tindakan yang selari dengan peruntukan undang undang. Saya telah baca tulisan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa proses yang sah dalam perlembagaan memang begitu iaitu dibuktikan keabsahan di Dewan Rakyat. Jadi tunggu bulan September.

"Sebenarnya semua orang sedang penat dalam menguruskan pandemik dan merawat pesakit Covid-19. Mereka pula nak kira SD, apa punya kerja," katanya ketika ditemui ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Amanjaya Sports Arena di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: