Crouser teruskan legasi keluarga Olimpik

Crouser. FOTO: AFP
Crouser. FOTO: AFP
A
A
A

ATLET lontar peluru Amerika Syarikat, Ryan Crouser menyifatkan kejayaannya memenangi emas bagi acara berkenaan meneruskan legasi keluarganya yang juga pernah menyertai acara sukan terbesar dunia itu sebelum ini.

Menurut Crouser, bapanya Ryan Mitch Crouser beraksi dalam acara merejam lembing pada Los Angeles 1984 manakala bapa saudaranya, Ryan Brian telah dua kali beraksi dalam acara sama pada temasya Olimpik diikuti sepupunya, Ryan Sam di Rio 2016 lalu.

“Saya dibesarkan dalam keluarga yang sememangnya meminati olahraga. Sebab itulah saya dedikasikan kemenangan saya pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini kepada datuk saya, Ryan Larry.

“Untuk pengetahuan anda semua, datuk saya adalah individu yang bertanggungjawab melatih saya sejak zaman kanak-kanak dalam sukan olahraga terutamanya dalam acara lontar peluru ini,” katanya.

Pada Khamis, Crouser mencatatkan lontaran sejauh sejauh 23.30 meter (m) pada percubaan keenam sekali gus mencatatkan rekod baharu Olimpik bagi memadamkan rekod miliknya sendiri 22.52m semasa edisi Rio 2016.

Dalam pada itu, rakan senegaranya yang juga juara dunia, Joe Kovacs meraih perak dengan lontaran sejauh 22.65m dan Tomas Walsh dari New Zealand, mencatat lontaran sejauh 22.47m.

Sementara itu, Crouser berkata, dia sudah menjangkakan kemenangannya pada Olimpik kali ini yang sekali gus bakal memecahkan rekod dunianya sendiri berdasarkan kepada kejayaannya mencatatkan lontaran sejauh 23.37 m pada Kejohanan Kelayakan Amerika Syarikat pada Jun.

“Saya sememangnya telah menduga saya mampu memenangi emas dan sekali gus memecahkan rekod dunia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Artikel Berkaitan:

“Ia menjadi kenyataan hari ini dan sudah pasti ia menggembirakan saya,” katanya.