X

Kindly register in order to view this article
!

Arafat buat laporan polis terhadap PM

Muhamad Arafat menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Muhyiddin di IPD Ipoh.
A
A

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung jumlah majoriti sokongan ahli Parlimen.

Menurut beliau, laporan itu dibuat selepas terdapat kekeliruan berhubung sokongan Ahli Dewan Rakyat yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah pada Rabu.

"Sejurus perutusan khas itu, lapan parti pembangkang dan ahli Parlimen bebas telah keluar kenyataan tambahan 11 ahli Parlimen UMNO yang mengumumkan menarik balik sokongan pada hari sebelumnya.

"Difahamkan semua pihak di atas mempunyai sekurang-kurangnya 117 kerusi dalam Dewan Rakyat. Mana mungkin Perdana Menteri masih ada majoriti. Adakah PM menipu dan kelirukan Baginda untuk mengelak peletakan jawatan beliau?" katanya.

Muhamad Arafat yang juga Ketua Penerangan Keadilan Perak berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini pada Khamis.

Menurut beliau, laporan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang yang sewajarnya.

"Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Muhyiddin pernah mengelirukan dan berbohong dalam Dewan Rakyat serta tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong mengenai Ordinan Darurat untuk mengelak pengundian.

"Ini terbukti kerajaan PN sanggup melakukan apa sahaja termasuk berbohong, mengelirukan rakyat dan demi mempertahankan kedudukan serta kuasa," katanya.

Muhyiddin dalam perutusan khas menjelaskan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!