MCA terus sokong kerajaan PN

MCA
MCA
A
A
A

SHAH ALAM - MCA mengambil pendirian untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga pilihan raya umum akan datang, sekali gus melaksanakan resolusi Barisan Nasional (BN) yang telah ditetapkan sebelum ini.

Biro Politik MCA dalam satu kenyataan berkata, ia adalah pendirian BN sejak tahun lalu dan MCA mempunyai kewajipan untuk mempertahankannya.

"MCA adalah parti komponen BN dan telah mengulangi ketetapan bersama BN pada perhimpunan agung pada tahun ini.

“MCA juga berpendapat keputusan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengusulkan undi percaya terhadap dirinya yang telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat pada September ini adalah langkah tepat berdasarkan prinsip demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan," menurut kenyataan itu pada Khamis.

Biro Politik MCA menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat yang diadakan pada malam Rabu.

Menurutnya, negara kini sedang berdepan pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi kian merudum serta kestabilan politik adalah penting dalam melindungi nyawa dan kehidupan rakyat.

Sementara itu, menurut kenyataan itu, MCA juga yakin sudah waktunya bagi kerajaan untuk membuka kembali sektor ekonomi secara berperingkat memandangkan kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa tidak berkesan untuk mengurangkan jumlah jangkitan.

Artikel Berkaitan:

"Memanjangkan PKP hanya akan memberi kesan kepada penderitaan orang-orang yang berjuang untuk mencari nafkah. Pendekatan komprehensif untuk memvaksinasi penduduk masih menjadi kaedah terbaik bagi negara pada masa ini," jelas kenyataan itu.