X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada tindakan lanjut terhadap guru 'lawak rogol'

Pada 25 April lalu, polis memaklumkan menyiasat laporan seorang remaja yang mendakwa guru Pendidikan Jasmani bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol. Gambar kecil: Shafa'aton
A
A

SUNGAI BULOH - Tiada tindakan lanjut dikenakan terhadap seorang guru yang didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima notis tiada tindakan lanjut (NFA) dari Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu.

"Saya difahamkan Timbalan Pendakwa Raya mengeluarkan arahan NFA berhubung kes berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar dakwa guru galak perbuatan rogol

Pada 24 April lalu, seorang guru Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu.

Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun mendakwa pada mulanya pelajaran berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan tersebut.

Bagaimanapun, pelajar berkenaan mendakwa guru lelaki itu bergurau dan mula bercakap lucah.

ARTIKEL BERKAITAN:Polis siasat kes guru disyaki galak perbuatan rogol

ARTIKEL BERKAITAN:Jenaka rogol: Che' Puan Khaleeda gesa guru diambil tindakan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!