Papagomo dituduh di mahkamah esok

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo bakal dituduh di Mahkamah Kajang esok atas pertuduhan Seksyen 323 dan Seksyen 509.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bahawa Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengalami kecederaan ringan pada tisu badan.

"Sebentar tadi saya mendapat panggilan telefon daripada pegawai penyiasat IPD Kajang memaklumkan bahawa saya akan dituduh esok di Mahkamah Kajang atas pertuduhan Seksyen 323 (mendatangkan kecederaan) dan juga Seksyen 509 (mengaibkan) atas arahan dari pejabat Peguam Negara.

"Saya reda dengan hal ini dan akan hadir esok pagi jam 9 pagi di Mahkamah Kajang bersama isteri dan sahabat seperjuangan," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, beliau ditahan dan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung serangan terhadap Syed Saddiq pada hari penamaan calon PRK DUN Semenyih.

Mengulas lanjut, Wan Muhammad Azri berkata, beliau sentiasa berpegang dengan prinsip berani kerana benar.

"Saya berserah akan perjalanan yang perlu dihadapi untuk hari-hari mendatang," katanya.

Artikel Berkaitan: