Mesyuarat PH bincang kerusi Parlimen Cameron Highlands

Wan Azizah dalam sidang media.
Wan Azizah dalam sidang media.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mesyuarat PH akan membincangkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur yang membatalkan keputusan PRU14 bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara ini akan dibawa ke dalam mesyuarat.

"Ini bagi kita membuat keputusan termasuk bagaimana hendak menyelesaikan situasi terbaru itu," katanya kepada pemberita di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, tadi.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu tidak menyentuh secara terperinci mengenai perkara tersebut.

Hari ini, Hakim Datuk Azizah Nawawi juga memutuskan kemenangan calon BN, Datuk C Sivarraajh sebagai tidak sah. M Manogaran yang kalah kepada Sivarraajh di kerusi itu berjaya membuktikan wujudnya amalan rasuah yang dalam pengetahuan dan keizinan ahli Parlimen kawasan itu.

PRU14 lalu, Ketua Pemuda MIC, Sivarraajh menang di kerusi Parlimen Cameron Highlands yang membabitkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.

Beliau terdahulu hadir pada jam 5.45 petang dan meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN.

Dalam kejadian Selasa lalu, Muhammad Adib telah diserang perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya sebelum beliau dikejarkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC). Beliau kemudian dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Sivarraajh memperoleh 10,307 menewaskan Manogaran dari PKR (9,710 undi), Wan Mahadir Wan Mahmud dari Pas (3,587 undi), Mohd Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B Suresh Kumar dari PSM (680 undi).