Wanita PN sokong Muhyiddin

Tangkap layar kenyataan Wanita PN berhubung sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.
Tangkap layar kenyataan Wanita PN berhubung sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Wanita Perikatan Nasional (PN) akan terus menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan yakin bahawa kerajaan tidak akan sekali-kali ingkar kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Wanita PN dalam satu kenyataan pada Jumaat menegaskan kerajaan pimpinan Muhyiddin sentiasa menjunjung institusi Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang diamalkan negara.

Menurutnya, prinsip tersebut menjadi pedoman kerajaan untuk terus menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong dalam kerangka Perlembagaan Negara.

“Perdana Menteri telah memimpin negara sehabis baik dalam suasana sangat mencabar ekoran pandemik Covid-19 yang berskala global.

“Atas sifat taat dan setia kepada Seri Paduka Baginda jugalah Perdana Menteri menzahirkan titah Seri Paduka Baginda untuk mengadakan sidang khas Parlimen yang sedang berlangsung sekarang.

“Segala urusan telah diatur mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan tanpa sebarang niat untuk menyalahinya,” kata kenyataan itu.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin berhubung pembatalan Ordinan Darurat tanpa mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Dalam kenyataan sama, wanita PN turut menghargai keprihatinan Al-Sultan Abdullah terhadap kemaslahatan rakyat dan titah Seri Paduka Baginda agar semua pihak bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya.

Artikel Berkaitan:

“Wanita PN juga meminta kerjasama semua pihak untuk bersama Perdana Menteri dan kerajaan agar kembali fokus pada agenda utama iaitu memerangi pandemik Covid-19 dan memulihkan kehidupan rakyat,” katanya.