X

Kindly register in order to view this article
!

Ismail Sabri adakan perjumpaan bersama 40 ahli Parlimen BN

Ismail Sabri Yaakob
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan satu perjumpaan bersama 40 orang ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN).

Ujar beliau, hasil daripada perjumpaan tersebut adalah untuk menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Ahli-ahli Parlimen BN sebulat suara menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin.

"Ahli-ahli Parlimen BN juga akur dengan titah Seri Paduka Baginda untuk memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 110 ahli Parlimen sokong PN, kata Ismail Sabri

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung proklamasi darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Yang di-Pertuan Agong pada Khamis menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen kerana perkara itu belum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!