Sektor koperasi terjejas perlu rebut peluang ditawar MEDAC

Abdul Fattah (kiri) menyampaikan set PPE kepada Dr Sharafana(tengah) di Hospital Jengka pada Selasa.
Abdul Fattah (kiri) menyampaikan set PPE kepada Dr Sharafana(tengah) di Hospital Jengka pada Selasa.
A
A
A

MARAN - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) meminta sektor koperasi yang terjejas akibat pandemik Covid-19 supaya merebut peluang pembiayaan yang ditawarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) seperti diumumkan pada Ahad lalu.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, antara sektor koperasi paling terkesan ialah operator pelancongan, perkhidmatan dan perhotelan.

Menurut beliau, berdasarkan kajian MEDAC, kira-kira 30 operator koperasi di seluruh negara terjejas berikutan sekatan pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan sejak tahun lalu.

"Pengumuman Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini diharap dapat memberi kelegaan sedikit kepada koperasi yang terjejas.

"Melalui peruntukan berjumlah RM230 juta dan pengenalan produk baharu dalam Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM), koperasi yang terjejas perlu merebut peluang dan mengemukakan permohonan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Hospital Jengka pada Selasa.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan set pakaian pelindung diri (PPE) dan pelitup muka dari CoopCare Angkasa kepada Pengarah Hospital Jengka, Dr Mohd Sharafana Senasi Abdullah untuk petugas hospital terbabit.

Dalam pada itu, Abdul Fattah juga mengharapkan syarat permohonan dipermudahkan dan lebih fleksibel bagi memastikan proses (kelulusan) dapat disegerakan.

Sebelum ini, MEDAC menerusi Wan Junaidi mengumumkan kementerian tersebut menyediakan peruntukan RM230 juta melalui lima produk pembiayaan TMPSKM bagi membantu kira-kira 14,000 koperasi seluruh negara dengan dianggarkan 6.5 juta ahli koperasi bakal menerima manfaat terbabit.

Artikel Berkaitan: