X

Kindly register in order to view this article
!

Polis siasat tular penghantar makanan, pemandu kereta bertengkar

Penunggang motosikal dipercayai penghantar makanan itu tidak berpuas hati dipercayai selepas dihon pemandu kereta berkenaan.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memulakan siasatan terhadap video klip berdurasi 50 saat yang tular di media sosial memaparkan pertengkaran di antara penunggang motosikal dipercayai penghantar makanan dengan seorang pemandu kereta di Persiaran KLCC baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, video tersebut dikesan tersebar di media sosial pada Sabtu.

“Polis menjalankan siasatan berhubung video tular tersebut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, menurut Zainal, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sejurus siasatan selesai untuk tindakan lanjut.

Pada masa sama, orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan klip video berkenaan kerana dikhuatiri akan mendatangkan kegusaran awam.

Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!