X

Kindly register in order to view this article
!

Bekas pengetua didakwa cabul 3 kakitangan sekolah

Tertuduh (dua dari kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Berang atas tuduhan mencabul pada Januari dan Februari lalu.
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang bekas pengetua sekolah menengah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini atas tuduhan mencabul tiga kakitangan sekolah pada Januari dan Februari lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Aminuddin [email protected], 53, tidak mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Aminuddin yang tiba di mahkamah kira-kira jam 10 pagi dengan memakai kemeja berwarna biru berdepan lima pertuduhan.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, Aminuddin didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 33 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di tiga lokasi berbeza di sebuah sekolah menengah dalam daerah ini antara jam 9 pagi hingga 3.30 petang pada Januari lalu.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 44 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatan diri.

Aminuddin didakwa melakukan kesalahan itu dalam bilik guru bahagian dapur sekolah yang sama antara jam 9 hingga 10 pagi pada 16 Februari lalu.

Tertuduh turut didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang lagi wanita berusia 35 tahun di sekolah sama pada Januari lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua dari hukuman itu jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah manakala tertuduh diwakili peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!