Bapa Aliff Syukri meninggal dunia

alif
alif
A
A
A

BAPA kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Kamarzaman meninggal dunia sebentar tadi.

Berita sedih itu disampaikan sendiri setiausaha Aliff Syukri menerusi Instagram pengasas D' Herbs itu.

"Assalammualaikum. Saya selaku setiusaha kepada Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dengan ini ingin menyampaikan khabar sedih bahawa bapa kepada Datuk Seri telah pun kembali kepada rahmatullah sebentar tadi.

"Marilah kita mendoakan arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman... " tulisnya.

Petang tadi, Aliff Syukri sendiri telah menyampaikan khabar duka mengenai ayahnya yang mengalami serangan jantung tahap tiga dan paru-paru berair.

Menurutnya, ayahnya mengalami sakit dada di kampung selama dua minggu dan tiba-tiba muncul di rumahnya kelmarin serta mengadu sakit dada, kemudian beliau telah menghantar ayahnya ke hospital.

Takziah dari Sinar Harian buat Aliff Syukri sekeluarga.

Artikel Berkaitan: