Cuaca panas: Hadkan aktiviti, banyak sedekah dan doa

Mujibur
Mujibur
A
A
A

MARAN - Masyarakat diminta mengehadkan aktiviti luar, mempelbanyakkan sedekah dan zikir ketika melewati tempoh cuaca panas yang dijangka tidak menentu melewati pengakhiran monsun Timur Laut.

ADUN Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak berkata, lebih-lebih lagi aktiviti-aktiviti luar yang melibatkan pelajar sekolah.

“Saya nasihatkan masyarakat DUN Chenor supaya banyak minum air dan elakkan aktiviti lama di luar rumah dan sekolah di samping membawa bekalan air minuman.

“Dari sudut rohani pula, ikutilah panduan daripada Rasulullah SAW yang menganjurkan untuk mempelbanyakkan bersedekah kerana sedekah itu memadamkan kemurkaan ALLAH SWT di samping mempelbanyakkan solat-solat sunat dan istighfar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Maran adalah daerah yang tersenarai dalam 10 kawasan tahap satu iaitu berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 darjah celcius hingga 36.9 darjah celsius menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Mujibur berharap, penduduk sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi bagi memohon menurunkan hujan bagi menyejukkan kembali bumi Chenor dan Maran.

Artikel Berkaitan: