Derbi Lembah Klang Kuala Lumpur, Selangor dijamin sengit

Bojan Hodak. - Foto Kuala Lumpur City
Bojan Hodak. - Foto Kuala Lumpur City
A
A
A

KUALA Lumpur City FC dan Selangor FC dijangka mempamer aksi sengit dalam pertembungan derbi Lembah Klang membabitkan kedua-dua kelab Liga Super itu esok.

Ketua Jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak berkata, tidak timbul istilah sesebuah kelab dilabel sebagai pasukan pilihan atau sebaliknya berikutan persediaan lebih berbeza sepanjang Liga Malaysia (Liga-M) berehat sebelum ini.

“Tiada pasukan yang patut kita lihat pasukan pilihan atau pasukan bukan pilihan, semuanya sama sahaja kerana semua pasukan ada melakukan perubahan.

“Kami beraksi di laman sendiri malam esok, jadi saya harap ia akan membawa tuah untuk mengutip tiga mata.

Secara keseluruhan saya gembira dengan pasukan dan ada lebih ramai pilihan untuk diletakkan dalam kesebelasan utama,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

The City Boys akan melayan kunjungan The Red Giants kendalian Karsten Neitzel di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, malam esok.

Sementara itu, pengendali Terengganu FC Nafuzi Zain mahu barisan pemainnya waspada terhadap Perak FC yang hadir dengan kelibat pemain import baharu sambil menyifatkan ia akan menjadi perlawanan sukar buat mereka malam esok.

“Kami juga ada pemain baharu, begitu juga dengan Perak yang turut merombak beberapa pemain dan saya yakin mereka lebih bermotivasi kali ini untuk mempamerkan aksi terbaik.

Artikel Berkaitan:

“Jadi, saya tidak mahu pemain mengambil mudah aksi pada malam esok walaupun kita sekarang di tangga kedua liga, dan apa-apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

Terengganu FC akan melayan kunjungan Perak FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.

LIGA SUPER

SABTU

Kedah Darul Aman lwn Penang FC

(Std Darul Aman, 9 mlm)

Terengganu FC lwn Perak FC

(Std Sultan Mizan Zainal Abidin, 9 mlm)

PJ City FC lwn Sabah

(Std Petaling Jaya, 9 mlm)

KL City FC lwn Selangor FC

(Std Bola Sepak Kuala Lumpur, 9 mlm)

AHAD

Sri Pahang lwn Melaka United

(Std Darul Makmur, 9 mlm)

Johor Darul Ta'zim lwn UiTM FC

(Std Sultan Ibrahim, 9 mlm)

*Hari, venue, masa tertakluk pindaan