Warden didakwa rogol penghuni pusat jagaan

Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas tuduhan merogol seorang wanita yang juga penghuni pusat berkenaan, Oktober tahun lalu.
Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas tuduhan merogol seorang wanita yang juga penghuni pusat berkenaan, Oktober tahun lalu.
A
A
A

IPOH - Seorang warden pusat jagaan swasta dekat sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas tuduhan merogol seorang wanita yang juga penghuni pusat berkenaan, Oktober tahun lalu.

Ahmad Irang@Suhiran Aris, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa yang berusia 33 tahun apabila dia mengetahui tentang kecacatan mental, gangguan emosi atau kecacatan fizikal wanita itu pada perlakuan jenayah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pusat jagaan itu dekat Ipoh pada jam lebih kurang 8.20 pagi, 28 Oktober 2020.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (2) (k) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan dikenakan sebat serta pengawasan polis tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi manakala tertuduh diwakili peguam, Datin K Shamini.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: