Netizen Malaysia ni laju gila : Syafiq Yusof

Syafiq Yusof
Syafiq Yusof
A
A
A

SELEPAS segala spekulasi mengenai dua pengakhiran berbeza dalam filem Misteri Dilaila yang mula ditayangkan Khamis lalu, pengarahnya, Syafiq Yusof akhir tampil memberi penjelasan.

Menurut Syafiq menerusi akaun Twitter miliknya, dia sebenarnya sengaja merahsiakan perkara itu dan merancang untuk mengumumkannya seminggu selepas tayangan Misteri Dilaila.

"Kalau ikutkan seminggu selepas tayang baru umum, tapi aku tak sangka netizen Malaysia ni laju gila selesaikan kes baru tiga hari tayang dah dapat list penuh dua versi pawagan.

"Maka hari ini (semalam) officially announce, ya memang ada dua versi filem Misteri Dilaila," jelasnya.

Bagaimana tambah Syafiq, dia tampil dengan konsep filem sebegini bukanlah semata-mata mahu mengaut keuntungan.

No Image Caption

"Tujuan aku buat dua ending bukanlah untuk kaut untung, kalau tak hari pertama dah announce kutipan.

"Filem ini tidak pecahkan rekod kutipan mana-mana filem. Walau apa pun aku tetap bersyukur. Yang penting anda semua terhibur," katanya.

Artikel Berkaitan:

Malah Syafiq berkata, dia juga ada memberi beberapa clue yang sebenarnya mahu memberi hint bahawa memang filem ini dibikin dengan dua ending yang berbeza.

Misteri Dilaila yang membariskan pelakon hebat Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Datuk Rosyam Nor, Sasqia Dahuri, Nam Ron dan Mas Khan.

Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati isterinya hilang.

Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya. Wanita itu mengakui dirinya Dilaila.

Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan Dilaila?