De Gea sertai latihan pra musim lebih awal

De Gea (kiri) dan Henderson pada sesi latihan musim lalu.
De Gea (kiri) dan Henderson pada sesi latihan musim lalu.
A
A
A

PENJAGA gol Sepanyol dan Manchester United, David De Gea membuat keputusan untuk memendekkan cuti dan segera kembali menyertai sesi latihan pra musim dalam usaha merebut mengembalikan kariernya ke landasan sebenar.

Ini berikutan pengendali Sepanyol, Luis Enrique dilihat lebih berminat menurunkan penjaga gol, Unai Simon pada saingan Euro 2020 lalu manakala pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer pula dilihat lebih berminat untuk menurunkan Dean Henderson pada penghujung musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21.

Justeru menurut satu kenyataan dalaman, De Gea yang sepatutnya pulang daripada percutian pada awal Ogos, kini telah pun berada di Carrington setelah hanya bercuti selama hanya dua minggu.

“De Gea mahu kembali dengan penuh bertenaga. Dia seharusnya bertenang dalam masa tiga minggu namun dalam masa sama dia juga tahu Hendo (Henderson) juga mahu membuktikan kebolehannya kepada Solskjaer.

“Tambahan pula, setelah dia (Henderson), tidak beraksi di Euro 2020 baru-baru ini setelah mengalami kecederaan pinggul sebelum kejohanan bermula.

“Malah, penjaga gol berusia 24 tahun itu juga sudah kembali menjalani latihan dan memendekkan cuti sebagaimana yang dilakukan De Gea,” menurut kenyataan dalaman berkenaan.

De Gea kini dilihat begitu terdesak untuk menarik perhatian Solskjaer supaya diturunkanpada aksi berdepan Leeds United di Old Trafford, 14 Ogos depan.

Untuk rekod, prestasi De Gea dilihat mula merudum setelah gagal menyempurnakan sepakan penalti terakhir ketika berdepan Villareal pada final Liga Europa musim lalu.

Artikel Berkaitan:

De Gea turut gagal menyekat kesemua sepakan penalti Villareal dan kegagalannya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti terakhir pada perlawanan berkenaan menyaksikan skuad daripada saingan La Liga itu membawa pulang trofi Liga Europa.

Justeru, De Gea juga dilihat bakal bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama apabila United menandatangani Jadon Sancho dan hampir pasti membawa masuk Raphael Varane bagi memperkuatkan pasukan musim ini.