Lelaki hilang ketika memukat ikan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

GERIK - Seorang lelaki hilang dikhuatiri lemas ketika memukat ikan di Sungai Rui berhampiran Kampung Alai dekat sini sejak Sabtu.

Kehilangan Nor Azam Ishak, 27, beralamat dari Kampung Lalang itu disedari rakannya sekitar jam 3.20 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat digerakkan selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.32 petang.

Menurutnya, laporan diterima mengatakan mangsa berusia 27 tahun itu hilang semasa memukat ikan di sungai tersebut bersama rakannya.

"Operasi yang disambung hari ini (Ahad) diperluaskan sehingga jarak 10 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat. Setakat ini mangsa masih belum ditemui," katanya.

Operasi pencarian diketuai anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dan dibantu anggota dari balai Pengkalan Hulu, polis serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Artikel Berkaitan: