MP Segambut lulus peruntukan papan tanda baharu masjid

Hannah Yeoh ketika kunjungan ke Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala bagi melihat hasil kerja pemasangan papan tanda baharu semalam.
Hannah Yeoh ketika kunjungan ke Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala bagi melihat hasil kerja pemasangan papan tanda baharu semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pejabat Ahli Parlimen Segambut memperuntukkan bantuan sebanyak RM13,300 bagi kerja-kerja pemasangan papan tanda baharu Masjid Al-Hidayah, Kampung Sungai Penchala di sini.

Keadaan sebelum pemasangan papan tanda baharu.
Keadaan sebelum pemasangan papan tanda baharu.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, berkata, papan tanda sedia ada sebelum ini telah roboh akibat akibat ribut kencang yang melanda kawasan Sungai Penchala pada petang 7 Mei 2018.

"Jadi pihak pengurusan masjid telah memohon kepada pejabat saya bagi membantu membaiki kerosakan papan tanda masjid.

Selepas pemasangan papan tanda baharu.
Selepas pemasangan papan tanda baharu.

"Peruntukan sebanyak RM13,300 telah disalurkan kepada pihak masjid dan kerja pemasangan telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 23 Januari 2019 oleh kontraktor pilihan masjid," katanya ketika turun padang melihat hasil kerja berkenaan, di sini semalam.

Artikel Berkaitan: