SPR mohon orang ramai lapor polis, SPRM bantu siasatan

No Image Caption
A
A
A

SEMENYIH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memohon orang awam yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan sebuah parti politik cuba membeli undi pada PRK DUN Semenyih, tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya memerlukan fakta secara langsung berhubung insiden itu.

"Sekiranya ia membabitkan kesalahan Pilihanraya, maka pihak berkenaan sepatutnya membuat laporan pada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan," katanya.

"Insiden itu boleh digunakan sebagai satu alasan untuk mencabar keputusan Pilihanraya.

Beliau berkata, pihaknya telah dimaklumkan tersadat 23 laporan polis telah dibuat termasuk ceramah tanpa permit pada PRK DUN Semenyih.

"Penguatkuasa SPR juga akan mengambil keterangan pihak berkenaan sebelum membuat laporan polis jika kita mendapati ada insiden yang dipercayai melanggar peraturan pilihanraya," katanya.

Artikel Berkaitan: