X

Kindly register in order to view this article
!

Tujuh suspek pukul pejalan kaki direman tiga hari

Tiga suspek wanita (tengah dibawa ke Mahkamah Majistret bagi mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes pukul seorang buruh di tepi jalan Pasir Tumbuh, Kota Bharu.
A
A

KOTA BHARU - Tujuh individu termasuk tiga wanita direman tiga hari bagi membantu siasatan kes seorang buruh dipukul beramai-ramai di tepi Jalan Pasir Tumboh di sini, dalam kejadian pada petang Selasa.

Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia dari 19 sehingga 46 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Rusli Ahmad bermula hari ini (Khamis) sehingga Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, enam suspek ditangkap antara jam 5.30 petang dan 11 malam pada Rabu di sekitar Kota Bharu.

“Sementara seorang lagi suspek ditangkap di Selising Pasir Puteh pada jam lebih kurang 1.45 pagi Khamis.

Tujuh termasuk empat suspek lelaki yang ditahan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu bagi mendapatkan perintah reman.
Tujuh termasuk empat suspek lelaki yang ditahan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu bagi mendapatkan perintah reman.

“Ujian urin seorang suspek lelaki positif (dadah) manakala tiga wanita dan seorang lagi lelaki positif Benzodiazepine (ubat penenang),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang buruh yang sedang berjalan kaki cedera dipukul dalam pertengkaran yang dipercayai berpunca akibat bunyi hon kereta dan rakaman video kejadian itu tular di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Buruh dibelasah selepas bertengkar kerana bunyikan hon

Pergaduhan di Pasir Tumboh: Tujuh individu ditahan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!