X

Kindly register in order to view this article
!

Pihak duduki tanah secara haram tiada hak untuk kekal: Peguam

Pendudukan tanah secara haram merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara.
A
A

KUANTAN - Pihak yang menduduki tanah secara haram tidak mempunyai hak untuk menduduki tanah tersebut secara kekal termasuk isu pekebun durian haram di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam Raub.

Peguam, Abdullah Hakim berkata, pendudukan tanah secara haram merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara.

Menurutnya, perkara itu jelas kerana pendudukan itu bukan sahaja tidak diiktiraf undang-undang malah mereka juga tiada hak dari segi ekuiti termasuk ke atas pampasan atau ganti rugi.

"Prinsip ini telah diterangkan dalam penghakiman Sidek lawan kerajaan negeri Perak iaitu alasan menduduki tanah selama 20 tahun tidak bermakna mereka mempunyai hak terhadap tanah tersebut.

"Dalam kes Lee Loy & Orc lwn Poh Kam Sang juga dijelaskan bahawa walaupun kawasan pendudukan haram tersebut diberikan hak elektrik dan air, tidak menjadikan pendudukan mereka itu diiktiraf," katanya.

Abdullah Hakim berkata, drama golongan yang menduduki tanah secara haram yang mengatakan mereka telah dijanjikan secara lisan pemilikan tanah oleh pihak berkuasa, exco atau menteri besar sekadar menagih simpati.

"Persoalannya adakah pendudukan haram mempunyai hak terhadap tanah tersebut sekiranya dijanjikan?" soalnya.

Beliau memberitahu, sekiranya tidak mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa negeri mereka tetap tiada hak ke atas tanah tersebut walaupun dijanjikan secara lisan oleh mana-mana pihak.

"Jadi tindakan boleh diambil terhadap pihak terlibat termasuk dinasihatkan pindah dan tindakan lain atas bidang kuasa dan peruntukkan undang-undang sedia ada.

"Isu ini bukan melibatkan diskriminasi kaum sebaliknya membabitkan menduduki tanah secara haram dan tidak sah," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri khususnya perlu tegas dan tidak terikut dengan kuasa politik sebaliknya menguruskan isu itu dengan adil mengikut undang-undang," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!