Pencuri kabel TNB maut terkena renjatan elektrik

Suspek ditemui masih hidup oleh juruteknik TNB yang membuat lawatan tapak di pencawang. Suspek dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.
Suspek ditemui masih hidup oleh juruteknik TNB yang membuat lawatan tapak di pencawang. Suspek dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.
A
A
A

SUBANG JAYA - Seorang lelaki maut kerana melecur hampir 60 peratus pada badan akibat terkena renjatan elektrik ketika hendak mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam sebuah kilang di Batu Tiga, Shah Alam.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek berusia 46 tahun itu ditemui masih bernyawa oleh jurutera TNB yang membuat lawatan di pencawang tersebut susulan terdapat aduan gangguan bekalan elektrik di lokasi itu.

Menurutnya, kilang tersebut tidak beroperasi semasa kejadian dan suspek memecah masuk dengan memotong pagar disyaki untuk mencuri kabel namun terkena renjatan elektrik lalu menyebabkan kerosakan fius dan kabel hingga kerugian mencecah RM60,000.

“Pada 12 Julai (Isnin) sekitar jam 8.55 malam, pihak hospital mengesahkan suspek meninggal dunia semasa menerima rawatan disebabkan ‘second degree burn’ hampir 60 peratus dan disahkan positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah harta benda dan tujuh kesalahan berkaitan dadah.

Artikel Berkaitan: