Lebih 50 orang maut hospital Covid-19 terbakar di Iraq

Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan keadaan di Hospital Al-Hussein yang terbakar di Nassiriyah pada Isnin.
Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan keadaan di Hospital Al-Hussein yang terbakar di Nassiriyah pada Isnin.
A
A
A

NASSIRIYA - Sekurang-kurangnya lebih 50 orang terbunuh dan 22 lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku di wad rawatan pesakit Covid-19 di Hospital Al-Hussein di bandar Nassiriya, selatan Iraq pada Isnin.

Menurut laporan awal polis, kebakaran itu dipercayai berlaku disebabkan oleh letupan sebuah tangki oksigen di sebuah wad untuk pesakit pandemik tersebut.

Jurucakap pihak berkuasa kesihatan tempatan, Haydar al-Zamilin berkata, pada awal pagi Selasa, kira-kira 52 mayat bejaya ditemui manakala 22 orang cedera dalam kejadian itu.

Seorang wartawan Reuters menyaksikan kakitangan perubatan mengusung mayat-mayat yang hangus terbakar di hospital tersebut.

Wartawan itu juga melihat ramai pesakit yang batuk-batuk disebabkan asap kebakaran tersebut.

Operasi menyelamat diteruskan selepas api berjaya dikawal, namun asap hitam menyukarkan anggota penyelamat memasuki wad yang terbakar.

Perdana Menteri, Mustafa al-Kadhimi memanggil satu mesyuarat penting dengan menteri-menteri dan komander-komander keselamatan bagi membincangkan tragedi itu, lapor satu kenyataan daripada pejabat perdana menteri negara itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: