'Kebaikan sentiasa menewaskan kejahatan'

Khabib
Khabib
A
A
A

BEKAS bintang UFC, Khabib Nurmagomedov gembira selepas Dustin Poirier berjaya menewaskan Conor McGregor menerusi keputusan knockout teknikal (TKO) dalam perlawanan UFC 264 pada Ahad.

Khabib yang juga seteru utama McGregor di gelanggang UFC menyifatkan kemenangan Poirier itu umpama kemenangan pihak yang baik terhadap kejahatan McGregor.

"Kebaikan sentiasa menewaskan kejahatan. Saya gembira dengan Poirier (menumbangkan McGregor) dan saya harap dia (Poirier) dapat meraih tali pinggang kejuaraan pada penghujung tahun ini," kata Khabib di laman twitternya pada Ahad.

Dalam pertarungan di T-Mobile Arena di Las Vegas itu, McGregor tumbang seawal pusingan pertama selepas patah buku lali ketika cuba mengelak asakan Poirier.

ARTIKEL BERKAITAN: McGregor patah buku lali, tumbang kepada Poirier

Artikel Berkaitan: