McGregor patah buku lali, tumbang kepada Poirier

Pertarungan antara Poirier (kanan) dan McGregor di Vegas pada Ahad. -Foto AP
Pertarungan antara Poirier (kanan) dan McGregor di Vegas pada Ahad. -Foto AP
A
A
A

DUSTIN Poirier berjaya menewaskan Conor McGregor menerusi keputusan knockout teknikal (TKO) selepas lawannya itu patah buku lali dalam perlawanan UFC 264 pada Ahad.

Dalam pertarungan di T-Mobile Arena di Las Vegas itu, McGregor tumbang seawal pusingan pertama selepas tersilap langkah ketika mengelak asakan Poirier yang menyaksikan buku lalinya patah.

Pertemuan ini adalah kali ketiga buat kedua-dua pertarung tersebut dengan McGregor pernah menewaskan Poirier pada September 2014.

Poirier bagaimanapun bangkit pada aksi awal tahun ini pada pertarungan UFC 257 sebelum sekali lagi menewaskan McGregor pada UFC 264 ini.

Artikel Berkaitan: