Litar terpelantik punca bekalan elektrik terputus di Sarawak

Gangguan bekalan elektrik berlaku di beberapa bahagian di Sarawak pada malam Sabtu (gambar hiasan). - Foto Bernama
Gangguan bekalan elektrik berlaku di beberapa bahagian di Sarawak pada malam Sabtu (gambar hiasan). - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Litar terpelantik berganda pada talian penghantaran Murum 275kV menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa bahagian di Sarawak kira-kira jam 9.30 malam Sabtu.

Sarawak Energy Berhad dalam kenyataan memaklumkan kawasan utama yang terjejas ialah Kuching, Sri Aman, Sarikei, Mukah, Sibu, Bintulu dan sebahagian Miri.

Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pemulihan dilakukan segera dengan bekalan elektrik dipulihkan di kawasan terjejas secara berperingkat dan hampir semuanya kembali pulih pada jam 10.30 malam.

“Sarawak Energy memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang berlaku disebabkan bekalan elektrik terputus dan kami sedang menyiasat punca ia berlaku,” kata kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: