Colombia berstatus ketiga terbaik Copa America

Pemain-pemain Los Cafeteros meraikan kejayaan selepas jinakkan La Blanquirroja 3-2. - Foto Copa America
Pemain-pemain Los Cafeteros meraikan kejayaan selepas jinakkan La Blanquirroja 3-2. - Foto Copa America
A
A
A

COLOMBIA membuktikan kepada komuniti bola sepak Amerika Selatan bahawa mereka lebih baik dari Peru apabila melabuh tirai Copa America 2021 dengan status pasukan ketiga terbaik kejuaraan berprestij bola sepak benua itu edisi kali ini.

Status itu menjadi milik Los Cafeteros selepas menjinakkan La Blanquirroja 3-2 dalam aksi penentuan tempat ketiga keempat di Stadium Mané Garrincha, Brasilia pada Sabtu.

Gol Los Cafeteros kendalian pengendali berpengalaman, Reinaldo Rueda dicetak oleh kapten berpengaruh, Juan Cuadrado (49') dan Luis Diaz (66'), (94').

Sementara itu, Ricardo Gareca yang memacu La Blanquirroja ke prestasi terbaik tahun ini mengurangkan defesit gol hasil jaringan Yoshimar Yotun (45') dan Gianluca Lapadula (82').

Artikel Berkaitan: