MCA, MIC terus sokong PN sehingga PRU15

Tan Sri S Vigneswaran
Tan Sri S Vigneswaran
A
A
A

SHAH ALAM - Rakan-rakan UMNO dalam komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA dan MIC akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Ia berikutan kerana masing-masing tidak setuju dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin pada Rabu.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan UMNO untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin itu tidak mengubah pendirian partinya.

“Kecuali BN membuat keputusan baharu dan rasmi. MCA akan terus menyokong PN sehingga pilihan raya berikutnya, sesuai dengan keputusan BN sebelum ini,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today pada Khamis.

Pada Rabu, MKT UMNO membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN berkuat kuasa serta-merta.

ARTIKEL BERKAITAN UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

Sementara itu, memetik laporan portal itu juga, Presiden MIC, Tan Sri S Vigneswaran turut berpendapat bahawa Ahmad Zahid seharusnya menggesa semua menteri parti berkenaan melucutkan jawatan dalam kerajaan PN terlebih dahulu sebelum mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Tambah beliau, desakan Ahmad Zahid itu juga dilihat tidak jelas dan tidak mempunyai hala tuju.

Artikel Berkaitan:

“UMNO sebuah parti yang matang, mereka pun tahu. Dulu ketika memerintah banyak kali desakan oleh pembangkang supaya Perdana Menteri mereka berundur, mereka tak buat pun sebab mereka tahu itu hanya desakan,” ujar Vigneswaran.

ARTIKEL BERKAITAN Amanah yang perlu digalas dengan jujur, kata Ismail Sabri

Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin Menteri Kanan