Lelaki panjat kondominium untuk mencuri

A
A
A

JOHOR BAHRU - Penduduk di Aliff Residence, Jalan Tahana, Tampoi di sini pada Rabu gempar selepas melihat kelibat ‘Spiderman’ memanjat dari satu tingkat ke tingkat lain di kondominium itu untuk mencuri.

Aksi ‘Spiderman’ itu disedari seorang penduduk pada jam 4 petang sebelum merakam dan tular di media sosial.

Dalam video berdurasi 53 saat itu, ‘Spiderman’ dilihat naik ke tingkat 14 dari luar kediaman hingga ke tingkat 18 sebelum turun semula ke tingkat 14

Seorang mangsa yang enggan dikenali berkata, lelaki berkenaan cuba memasuki rumahnya dan mengugut akan mencederakan kalau tidak membuka 'sliding door' dari beranda rumahnya.

Penduduk menahan 'Spiderman' yang cuba pecah masuk rumah sebelum diserahkan kepada pihak bomba yang datang membantu di Aliff Residence, Jalan Tahana, Tampoi, Johor Bahru pada Rabu.
Penduduk menahan 'Spiderman' yang cuba pecah masuk rumah sebelum diserahkan kepada pihak bomba yang datang membantu di Aliff Residence, Jalan Tahana, Tampoi, Johor Bahru pada Rabu.

"Kebetulan 'sliding door' rumah saya rosak, saya dan anak cuba menutupnya dari dalam, manakala pencuri berkenaan cuba membuka dan mengugut dia ada pistol.

"Manalah kita jangka pencuri boleh naik hingga ke tingkat tinggi dari beranda ke beranda Kondominium di sini,” katanya ketika ditemui di kondominium itu pada Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd Rahman berkata, suspek ditahan penduduk setempat ketika berada di beranda tingkat 19 dipercayai cuba untuk memecah masuk rumah tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Setibanya 14 anggota bomba dengan empat jentera di kawasan itu mendapati suspek berusia 30-an itu sudah berjaya ditangkap.

"Lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis dan operasi tamat pada jam 5.11 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.