Ahmad Zahid nafi hasil mesyuarat MKT keputusan sendiri

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO adalah hasil keputusan beliau sendiri.

Menurut beliau, segala keputusan itu diputuskan secara berperlembagaan, musyawarah dan bijaksana berpaksikan kemaslahatan rakyat serta negara.

“Maka tidak benarlah propaganda dan persepsi yang kerap direka konon Presiden UMNO buat keputusan sendiri untuk parti.

“Terbukti juga UMNO bukan sebuah parti yang boleh berkompromi apabila melibatkan kepentingan rakyat serta negara.

"Malah UMNO sebuah parti yang tegas dan jitu mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta

Tidak puas hati keputusan Zahid, MKT dan MP UMNO boleh rujuk RoS

Pada awal pagi Khamis, Mesyuarat MKT UMNO membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuatkuasa serta-merta.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Zahid berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO mendengar suara hati akar umbi parti dan memenuhi mandat Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Jelasnya, pihaknya akan terus bersama rakyat walaupun apa cabaran dan rintangan demi Malaysia tercinta.