BigPay sasar perluas perkhidmatan ke Thailand suku pertama 2022

No Image Caption
A
A
A

UNIT e-dompet AirAsia Group, BigPay menyasarkan untuk memperluaskan perkhidmatannya ke Thailand pada suku pertama 2022 selepas menerima kelulusan kawal selia yang diperlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Salim Dhanani berkata, BigPay mempunyai peluang unik untuk memasuki Thailand dengan kadar segera berikutan pengambilalihan perniagaan Gojek dan GoPay Thailand oleh AirAsia Digital.

“Kami komited untuk membolehkan akses kepada perkhidmatan kewangan untuk semua individu di seluruh Asia Tenggara.

"Matlamat kami adalah untuk melancarkan ciri utama BigPay, daripada pembayaran, sehinggalah kepada kiriman wang antarabangsa, di samping memanfaatkan sepenuhnya pengalaman pengguna kami untuk menarik minat pengguna Thailand,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

BigPay telah membantu lebih 1.4 juta rakyat Malaysia sejak 2017 untuk meningkatkan kedudukan kewangan mereka dan berjaya melancarkan sejumlah produk kewangan yang dikawal selia, daripada e-wang dan kiriman wang antarabangsa kepada insurans mikro dan pembelanjawanan, dengan sasaran untuk menjadi satu penyelesaian sehenti bagi keperluan kewangan rakyat Malaysia.

BigPay turut mengumumkan ia telah memohon lesen perbankan digital di Malaysia dengan konsortium rakan strategik. - Bernama

Artikel Berkaitan: