Batu berlian ketiga terbesar di dunia ditemui di Botswana

Gambar menunjukkan batu berlian yang ditemui di sebuah kawasan perlombongan batu berharga itu di Botswana pada 12 Jun lalu. - Foto AFP
Gambar menunjukkan batu berlian yang ditemui di sebuah kawasan perlombongan batu berharga itu di Botswana pada 12 Jun lalu. - Foto AFP
A
A
A

GABORONE - Satu batu berlian yang besar seberat 1,174 karat ditemui di sebuah kawasan perlombongan batu berharga itu di Botswana pada 12 Jun lalu, lapor sebuah syarikat perlombongan berlian di negara tersebut.

Batu berlian itu ditemui oleh syarikat perlombongan Lucara dan dihadiahkan kepada Kabinet Bostwana di ibu negara tersebut, Gaborone pada Rabu.

Pengarah Urusan syarikat itu, Nassem Lahri berkata, batu berlian tersebut masih menduduki tempat ketiga terbesar yang pernah ditemui di dunia.

Pada bulan lalu, firma berlian Debswana berkata, ia menemui batu berlian seberat 1,098 karat di negara tersebut pada 1 Jun lalu.

Setakat ini, batu berlian terbesar pernah ditemui ialah Cullinan seberat 3,106 karat yang ditemui di Afrika Selatan pada tahun 1905.

Sebahagian batu berlian itu menjadi perhiasan kebesaran diraja Britain.

Batu berlian kedua terbesar di dunia juga ditemui di Botswana pada tahun 2019 oleh sebuah syarikat perlombongan batu berharga tersebut yang sebesar sebiji bola tenis dan seberat 1,758 karat.

Bostwana yang terletak di Afrika ialah pengeluar utama berlian di dunia. - Agensi

Artikel Berkaitan: