Lelaki maut kereta jatuh dalam paya

Kenderaan milik mangsa ditemukan dalam paya di jalan Rantau Panjang-Lalang Pepuyu berhampiran Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang pada Rabu. Gambar kecil: Abdullah Taifur
Kenderaan milik mangsa ditemukan dalam paya di jalan Rantau Panjang-Lalang Pepuyu berhampiran Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang pada Rabu. Gambar kecil: Abdullah Taifur
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan jatuh ke dalam paya sedalam tiga meter di jalan Rantau Panjang-Lalang Pepuyu berhampiran Kampung Lubok Stol di sini pada Rabu.

Ketika kejadian mangsa, Abdullah Taifur Mohd Yusoff, 40, memandu kereta jenis Perodua Myvi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas dihubungi orang awam pada jam 11.38 pagi.

Menurut beliau, seramai enam anggota bersama seorang pegawai telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja membantu dan menyelamat.

"Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang sudah meninggal dunia.

"Anggota terpaksa menggunakan jentera 'Winch' untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: