[VIDEO] Hampir 8,000 pelancong asing mohon lawat Phuket

BANGKOK - Hampir 8,000 pelancong asing telah memohon Sijil Kebenaran Masuk (COE) melalui kedutaan dan konsulat Thailand di seluruh dunia, sejak negara ini membuka semula Phuket pada 1 Julai menerusi program 'Phuket Sandbox'.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsulat, Chatchai Viriiyavejakul berkata, ramai pelancong asing berminat untuk ke Phuket di bawah program itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Sejak program bermula, sejumlah 7,890 pelancong asing telah mendaftar, setakat ini, 6,119 telah diberikan Sijil Vaksinasi manakala 2,802 lagi menerima COE.
Katanya, bagi mempercepat proses saringan di lapangan terbang kementeriannya telah menempatkan petugas tambahan.
Kerajaan menjangkakan kira-kira 100,000 pelancong asing akan mengunjungi Phuket pada suku ketiga tahun ini dari Julai hingga September, menjana pendapatan sekitar 8.9 bilion baht (AS$277 juta). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Orang ramai ambil kesempatan jarah gudang makanan selepas terbakar
24 Oktober 2026 11:13am'Saya muak umat Islam terus dihina' - Bill Clinton
24 Oktober 2026 11:11amWanita patah lima tulang rusuk selepas dipeluk suami
24 Oktober 2026 09:01amTrump beri amaran kemungkinan operasi ketenteraan baharu ke atas Iran
24 Oktober 2026 08:59amMurid Tahun Satu ditemukan maut di pangsapuri
23 Oktober 2026 09:46pmSampai sembilan peguam!
24 Oktober 2026 07:10am'Saya menggigil lihat anak tidak bergerak'
23 Oktober 2026 11:07pmLelaki pulangkan RM19,300 ditemui di lokasi kemalangan terima penghargaan
23 Oktober 2026 02:21pm- Iklan -- Iklan -
