Enam pemain badminton positif Covid-19

Enam pemain yang positif Covid-19 hanya dibenarkan kembali ke ABM selepas pemain yang beraksi pada Sukan Olimpik berlepas ke Tokyo. -Foto: Facebook BAM
Enam pemain yang positif Covid-19 hanya dibenarkan kembali ke ABM selepas pemain yang beraksi pada Sukan Olimpik berlepas ke Tokyo. -Foto: Facebook BAM
A
A
A

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan enam pemain negara yang pulang daripada menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa Sepanyol disahkan positif Covid-19.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan BAM pada Isnin, kesemua pemain berkenaan menjalani kuarantin wajib seperti yang diwajibkan pihak kerajaan sebaik tiba di Malaysia pada 21 Jun lalu.

"Selepas mendapati ujian yang dikenakan ke atas mereka positif, kesemua mereka dihantar ke pusat kuarantin dan tidak mengalami sebarang gejala.

"Kesemua pemain berkenaan tidak berada di Akademi Badminton Malaysia (ABM) dan tidak berhubung dengan pemain yang sedang mempersiapkan diri untuk Olimpik Tokyo.

"Kenam-enam pemain ini hanya akan kembali ke ABM selepas pemain yang beraksi pada Sukan Olimpik berlepas ke Tokyo," kata BAM dalam kenyataan tersebut.

Skuad badminton negara dijadualkan berlepas ke Tokyo pada 17 Julai ini dan memasuki Perkampungan Sukan Olimpik pada hari berikutnya serta memulakan latihan sebelum pertandingan bermula 24 Julai.

Artikel Berkaitan: