Kemelut Misbun, BAM selesai

Perbincangan antara Misbun (kiri) dan Norza mencapai penyelesaian secara baik. - Foto FB BAM
Perbincangan antara Misbun (kiri) dan Norza mencapai penyelesaian secara baik. - Foto FB BAM
A
A
A

KEMELUT membabitkan Datuk Misbun Sidek dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akhirnya menemui jalan pendamaian selepas badan induk badminton negara itu mengesahkan mencapai penyelesaian secara baik dengan legenda negara tersebut.

“BAM mengesahkan bahawa Datuk Misbun Sidek telah berpisah dengan BAM melalui penyelesaian secara baik.

“BAM menganggap kes itu ditutup dan kini menumpukan perhatian kepada persiapan untuk Kejohanan Remaja Dunia 2023 akan datang,” kata BAM dalam satu hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, khidmat Misbun selaku Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) ditamatkan lebih awal berikutan kegagalan skuad remaja negara pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogjakarta, Indonesia.

Tindakan itu mengundang rasa kecewa legenda negara tersebut yang mendakwa tiada perbincangan dilakukan bersamanya.

Bagaimanapun, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria tampil menjernihkan keadaan apabila membuat tawaran memberikan Misbun kembali mengendalikan skuad perseorangan remaja sehingga kontraknya tamat hujung tahun ini.

Namun, difahamkan Misbun menolak tawaran tersebut dan persetujuan secara baik telah dicapai antara beliau dan BAM.

Artikel Berkaitan: