X

Kindly register in order to view this article
!

Pemimpin politik perlu terima baik gesaan Agong

A
A

SHAH ALAM - Semua parti dan pemimpin politik khususnya yang beragama Islam perlu menerima baik gesaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya Parlimen segera bersidang demi kepentingan rakyat.

Pengerusi Dewan Senior Majlis Dakwah Negara, Profesor Emeritus Tan Sri M Kamal Hassan berkata, mereka perlu meletakkan prinsip kerjasama dan rekonsiliasi antara parti bagi mengatasi budaya persaingan serta perseteruan dalam kehidupan rakyat yang semakin terancam dengan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, ia diharapkan dapat memberikan keutamaan sewajarnya kepada penyelesaian masalah dan penderitaan rakyat.

“Ini kerana tindak-tanduk dan perlakuan politik individu atau parti tidak akan terlepas daripada penanggung jawapan di hadapan ALLAH SWT di hari pembalasan di alam akhirat nanti,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau turut meminta supaya kuasa politik dijadikan satu alat yang ampuh bagi membasmi budaya rasuah serta perilaku tidak beretika dalam institusi pemerintah.

Katanya, kuasa tersebut perlu dijadikan alat penyatuan umat dan negara serta bukan memanjangkan perseteruan antara kaum atau intra kaum.

M Kamal turut berharap agar pemimpin negara dan parti politik Islam tidak terpengaruh dengan taktik halus Zionis Israel dengan mengadakan hubungan diplomatik atau normalisasi politik dengannya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!