Selangor berjaya ikat Tok Gajah

Pemain Pahang meraikan kejayaan mereka selepas gol pertama pasukan itu pada minit 34. - Foto Amirul Anuar/Gawang.my
Pemain Pahang meraikan kejayaan mereka selepas gol pertama pasukan itu pada minit 34. - Foto Amirul Anuar/Gawang.my
A
A
A

[DIKEMASKINI] HASRAT Tok Gajah memintas JDT di kedudukan kedua dalam saingan Liga Super 2019 tersekat apabila seri 1-1 dengan Selangor di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Pada aksi malam tadi, jaringan pembukaan pasukan Pahang disumbangkan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit 34.

Sementara itu, gol Selangor kembali menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi kapten pasukan, hasil jaringan Rufino Segovia pada minit 61.

Semalam JDT memintas kedudukan Pahang di tangga kedua, apabila menewaskan Melaka United 2-1 di Larkin.

Artikel Berkaitan: