Rentas negeri ke Pulau Perhentian bertukar tragedi

Mayat Mohd Abbass Shabki, 22, dari Kota Bharu ditemukan terapung kira-kira jam 2.20 petang selepas laporan kehilangannya dibuat pada jam 1.30 petang.
Mayat Mohd Abbass Shabki, 22, dari Kota Bharu ditemukan terapung kira-kira jam 2.20 petang selepas laporan kehilangannya dibuat pada jam 1.30 petang.
A
A
A

BESUT - Empat lelaki dari Kelantan yang dipercayai merentas negeri tanpa kebenaran untuk ke Pulau Perhentian, di sini berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemukan lemas di sebuah pantai di pulau berkenaan, petang Khamis.

Mayat Mohd Abbass Shabki, 22, dari Kota Bharu ditemukan terapung kira-kira jam 2.20 petang selepas laporan kehilangannya dibuat pada jam 1.30 petang.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya difahamkan sebelum kejadian, keempat-empat kenalan itu dikatakan melakukan aktiviti menyelam di kawasan tokong laut di pulau terbabit.

Katanya, kesemua tiga rakan mangsa turut dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana merentas negeri tanpa kebenaran.

Artikel Berkaitan: