Henti debat isu vaksin - Dr Mujahid

Dr Mujahid menghadiri Jamuan Muhibbah sempena Tahun Baru China di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chee Wen, USJ 1, hari ini.
Dr Mujahid menghadiri Jamuan Muhibbah sempena Tahun Baru China di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chee Wen, USJ 1, hari ini.
A
A
A

SUBANG - Pendebatan berkaitan isu pengambilan vaksin di negara ini wajar dihentikan kerana ia jelas perkara harus dan boleh jatuh wajib apabila melibatkan ketahanan imunisasi tubuh kanak-kanak.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata, perkara itu sudah dibincangkan di Kabinet dan fatwa berhubung isu berkenaan juga telah dikeluarkan.

“Vaksin yang dihasilkan di negara ini bukan vaksin yang haram, ia telah diluluskan. Jadi tidak timbul isu itu semua.

“Mereka yang membawa kepada perdebatan ini seharusnya berhenti berbuat demikian kerana ia (tidak mengambil vaksin) akan menjejaskan ketahanan anak-anak itu apabila mereka dewasa nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Jamuan Muhibbah sempena Tahun Baru Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chee Wen, USJ 1 di sini, hari ini.

Menurutnya, tidak timbul soal haram atau tidak kerana berpandukan fatwa, jelas hukumnya harus dan boleh jadi wajib untuk kesihatan anak.

“Kita mempunyai statistik mereka yang tidak mengambil imunisasi ini mereka akan mati dalam keadaan penyakit biasa kerana tiada ketahanan,”katanya.

Isu pengambilan vaksin kembali menjadi pertikaian dalam kalangan netizen susulan sebuah rancangan bual bicara yang membincangkan isu berkenaan dengan menjemput dua pihak iaitu seorang doktor sambilan anti vaksin dan seorang pakar perunding pediatrik.

Artikel Berkaitan: