Mural Rumah Kayu

No Image Caption
A
A
A

Mohd Rozamil Mohd Yatim, 34, (kanan) bersama anak-anaknya Rassyaq Rayyan, 10, (dua, kiri) dan Nor Rayysya Rayyana, 8, bergambar dengan lukisan mural sebuah rumah kayu klasik dengan latar belakang perkampungan tradisional tahun 1980-an pada dinding simen bengkel miliknya di Kampung Raja Barang, Chendering, Kuala Terengganu.

Idea bapa kepada dua anak berusia 8 dan 10 tahun tercetus secara spontan kerana teringat kenangan manis sewaktu tinggal di rumah kayu bersama neneknya suatu ketika dahulu. Beliau yang memanfaatkan masa lapang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berjaya menyiapkan lukisan mural itu dalam tempoh seminggu dengan menggunakan cat warna asas lukisan iaitu hitam, putih, coklat dan hijau.

Lukisan pada dinding bengkel berkeluasan sembilan meter lebar dan tiga meter tinggi itu berjaya menarik perhatian netizen kerana selain rumah kayu, ia turut memaparkan suasana zaman dahulu dengan tandas pintu zink, ampaian, pokok kelapa, burung, ayam ternakan, kain batik dan tempayan di tepi tangga rumah. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan: