750 liter petrol gagal diseludup

Anggota penguat kuasa memeriksa tong berisi petrol yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dalam serbuan di Kampung Belukar, Wakaf Bharu, Tumpat pada Sabtu.
Anggota penguat kuasa memeriksa tong berisi petrol yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dalam serbuan di Kampung Belukar, Wakaf Bharu, Tumpat pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup 750 liter petrol dalam operasi di Kampung Belukar, Wakaf Bharu, di sini pada Sabtu.

Operasi tersebut dijalankan bersama Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem).

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, semasa rondaan dan pemantauan dijalankan di sekitar Wakaf Bharu, pasukan menahan sebuah kenderaan jenis Proton Gen-2 yang dalam keadaan mencurigakan di Kampung Belukar, Wakaf Bharu namun pemandu berjaya melarikan diri.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan menemui 30 tong plastik berisi minyak petrol beranggaran 25 liter setiap tong berada di tempat duduk penumpang yang telah diubah suai.

“Keseluruhan rampasan petrol dianggarkan 750 liter bernilai RM1,537.50 dipercayai cuba dibawa ke negara jiran.

“Selain itu, kereta bernilai RM10,000 turut dirampas untuk tujuan siasatan,” katanya.

30 tong petrol yang dibawa di dalam sebuah kereta jenis Proton Gen-2 dirampas dalam serbuan di Kampung Belukar, Wakaf Bharu, Tumpat pada Sabtu.
30 tong petrol yang dibawa di dalam sebuah kereta jenis Proton Gen-2 dirampas dalam serbuan di Kampung Belukar, Wakaf Bharu, Tumpat pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan dan tindakan selanjutnya akan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel Berkaitan:

“KPDNHEP Kelantan turut menerima empat serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 melibatkan rampasan barangan kawalan minyak masak dan tepung gandum dengan anggaran 3,322 kilogram dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM7,700 serta tiga kenderaan bernilai RM15,000.

“Kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan sempadan sentiasa dijalankan dari masa ke masa bagi memastikan penyeludupan pelbagai barang kawalan dibanteras serta memastikan rakyat dapat menikmati sepenuhnya subsidi yang dibekalkan kerajaan,” katanya.